Friday 6 February 2009

2 Kerajaan negeri,penafian suara rakyat??

Tidak keterlaluan kalau saya mengatakan bahawa negeri Perak sekarang seolah- olah Palestin, bukannya maksud saya negeri Perak sedang mengalami rampasan wilayah, serangan tentera, krisis makanan mahupun ketiadaan bekalan elektrik.Namun apa yang saya ingin sampaikan ialah mereka sedang diperintah oleh dua kerajaan sama seperti apa yang berlaku di sana iaitu rakyat Palestin ditadbir oleh Hamas dan Fatah di Palestin. Keadaan menunjukkan persamaan dimana rakyat sedang inginkan suara mereka didengar kembali.Sultan sudah memerintahkan bahawa DUN tidak dibubarkan hanya MB sahaja sahaja yang perlu ditukar serta barisan exco kepada barisan yang kononnya mempunyai suara majoriti. Amat ringkas kalau saya mengatakan yang bahawa kalau kita lihat pada perkembangan sekarang tidak perlu lagilah Pilihan raya diadakan lagi di Malaysia kerana suara rakyat sudah tidak diperlukan dalam menentukan kepimpinan kerajan negeri. Rakyat sekarang berasa lebih lega jika selepas ini cara pemilihan barisan kepimpinan di negara ini hanya ditentukan oleh kuasa Sultan mahupun kuasa YDPA. Pilihan raya sudah tidak bermakna bagi lagi bagi rakyat terutamanya di negeri Perak. Penat mereka mengundi untuk memastikan barisan untuk 5 tahun yang mendatang tetapi hanya tak sampai sebulan suara mereka dengan bangganya dinafikan walaupun secara hakikatnya telah bermula sejak setahun yang lalu. Memang barisan yang baru diiktiraf oleh kerajaan juga diperkenan sultan. Fatah juga turut diiktiraf dunia manakala kemenangan yang diperolehi Hamas tidak diperakui dah sinonim apa yang berlaku di Perak. Bagaimanakah penilaian rakyat Negara ini yang sudah mula menunjukkan sikap bosan terhadap sistem politik(demokrasi) yang diamalkan.Wahai warganegara sedarlah bahawa suara rakyat sudah semakin tidak diperlukan. Demonstrasilah dengan apa cara sekalipun namun jangan mengharap barisan kepimpinan yang kononnya terbuka ini sebenarnya sedang menutup pemikiran rakyat hanya dengan menggunakan beberapa perkataan yang mudah iaitu demokrasi yang bermaksud lompatlah, pilihlah parti yang anda mahu agar hajat kita semua tercapai.

No comments:

Post a Comment